0
0 Comments

Doktor,

Saya adalah pesakit tulang belakang yang telah membuat pembedahan.

Kisahnya berlaku seperti ini. Pada tahun 2016 saya mengalami sakit di bahagian pinggang jika berdiri dan duduk. Saya hanya mampu terbaring sahaja untuk mengelak rasa sakit tersebut. Oleh kerana risau keadaan saya akan terus sedemikian, saya memaksa diri saya untuk berdiri dan saya menahan sakit selama lebih kurang 30-40 minit sehinga sakit itu hilang. Menakjubkan sakit di pinggang bila berdiri telah hilang sehingga hari ini.

Selepas kejadian itu, setelah beberapa hari, bahagian kaki kiri saya mula berasa lemah dan kebas. Deria-deria rasa sentuhan mula hilang dan beberapa jari kaki tidak berfungsi seperti seperti biasa. Ada pergerakan yang tidak dapat dilakukan.

Oleh kerana risau keadaan ini saya merujuk kepada doktor pakar dan telah mencadangkan saya membuat penbedahan untuk membuang lebihan tulang rawan yg menekan saraf. Saya melakukan pembedahan tersebut bukan atas sebab sakit, tetapi untuk kembalikan kekuatan kaki seperti biasa. Malangnya selepas pembedahan tersebut kaki saya tetap dalam keadaan sama.

Sehingga hari ini, keadaan kaki kiri saya masih sama dalam keadaan lemah, kebas dan kurang deria rasa sentuhan.

Soalan saya;

  1. Adakah saraf saya telah rosak disebabkan saya menahan sakit sehingga sakit itu tiada lagi?
  2. Apa yang perlu saya lakukan untuk kembalikan kekuatan kaki dan menghilangkan kebas dikaki?
  3. Wajarkah saya melakukan pembedahan yang dicadangkan oleh Doktor pakar kerana hasilnya tetap sama?
  4. Perlukah saya membuat sekali lagi pembedahan untuk meletakan ‘spinal bracket’ ?
  5. Bolehkah kaki saya kembali seperti sedia kala?

Terima Kasih.

Changed status to publish